Terima Kasih Buat Adik-Adik Yang Sudi Datang Ke Blog Cikgu Ina Ni Yer.. Banyak Maklumat Akan Cikgu Bagi Buat Adik-Adik Tentang Matematik Kat Sini ... Rajin-Rajinlar Menjengok Yer... Selamat Belajar Semua .. Salam Dari Cikgu

Thursday, October 20, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Selamat Datang Ke Blog Web Cikgu Ina Ramly Yer



Selamat Datang ke Blog Cikgu Ina Ramly.
Banyak benda yang nak dikongsikan bersama terutamanya tentang Matematik. Teruskan berkunjung dan tinggalkan pesanan anda pada ruangan yang disediakan yer.. Matematik itu cukup mudah sebenarnya. Ketahuilah rahsia Cikgu Ina bagaimana adik-adik boleh berjaya dalam pelajaran Matematik.

.

Tahukah Bila Matematik Itu Sebenarnya Bermula



Bilakah Matematik bermula? Tidak ada jawapan yang tepat bagi persoalan ini namun yang pasti matematik muncul seawal kewujudan manusia di muka bumi. Tedapat pelbagai fakta tentang kewujudan matematik namun ramai berpendapat perkataan matematik itu berasal daripada perkataan Greek mathema yang bermaksud sains, pengetahuan dan pembelajaran. Namun, definisi matematik hari ini lebih menekankan kepada konsep kajian mengenai kuantiti, ruang dan struktur. Matematik telah wujud sejak zaman purba kala lagi dan berkembang selari dengan perkembangan tamadun manusia. Pelbagai penemuan dan artifak-artifak yang penting telah dicatatkan sejak beribu tahun dahulu. Kejayaan tamadun Yunani menyelidiki rahsia alam dan nombor sebagai titik permulaan perkembangan sistem nombor.

Tamadun Islam pula telah memperkenalkan sistem perpuluhan dalam sistem nombor moden. Tamadun hindu melahirkan bidang astronomi yang menakjubkan dan menjadi asas kepada perkembangan bidang astronomi. Tamadun China mempelopori bidang aritmetik silam yang unik. Manakala tamadun Eropah mewarisi segala ilmu matematik daripada tamadun-tamadun terdahulu dan seterusnya memperkembangkan ilmu matematik yang diperolehi. Dunia matematik terus berkembang dari zaman ke zaman ke serata rantau dan yang pasti penemuan-penemuan terdahulu banyak memberi impak dalam bidang matematik hari ini.