Terima Kasih Buat Adik-Adik Yang Sudi Datang Ke Blog Cikgu Ina Ni Yer.. Banyak Maklumat Akan Cikgu Bagi Buat Adik-Adik Tentang Matematik Kat Sini ... Rajin-Rajinlar Menjengok Yer... Selamat Belajar Semua .. Salam Dari Cikgu

Thursday, February 23, 2012

Tips Berguna Untuk Adik-Adik Belajar Matematik


Matematik adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita gunakan ilmu matematik. Sewaktu kita berbelanja(membeli belah) kita mengaplikasikan pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang, kita membuat perbandingan harga, ilmu matematik turut di aplikasikan. Pendek kata ilmu matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.



Namun, bila kita berada di alam persekolahan, kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat untuk mempelajarinya? Mengapa GAGAL MATEMATIK ini berlaku?



Salah satu sebab kegagalan matematik adalah TIDAK MEMAHAMI matematik. Terdapat banyak faktor lain, tapi dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak memahami matematik. Jika adik-adik tidak memahami matematik, adakah adik-adik bertanya dengan guru? atau hanya berdiam diri? Tunggu sehingga "tidak faham" yang sedikit menjadi besar. Adakah adik-adik membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik yang tidak jelas atau tidak faham? Adakah adik-adik membuat latihan yang diberikan oleh pengajar? Adakah adik-adik membuat latihan tambahan? Berapa lama masa yang anda luangkan untuk belajar matematik? Persoalan-persoalan ini mampu memberikan jawapan kepada ketidak-fahaman adik-adik terhadap pelajaran matematik.


Adik-adik juga perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika pengajaran di dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi cuba untuk menggunakan tumpuan ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh guru .



Jika
adik-adik tidak jelas, atau tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik, sila bertanya guru adik-adik. Jika terlepas atau tidak faham suatu konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin akan menjejaskan kefahaman keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di dalam kelas, adik-adik boleh bertanya di luar kelas. Guru sentiasa membantu untuk menjelaskan apa yang adik-adik tak faham. Harus diingat, jika kita simpan apa yang kita tak faham, lama kelamaan ia akan menjadi besar, dan ia mampu merosak kefahaman adik-adik.


Seperti sukan, untuk memahirkan diri dengan sesuatu bidang, adik-adikharuslah meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk menguasainya. Jadi LATIHAN adalah aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan konsep yang berbeza-beza dalam penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran adik-adik untuk melihat suatu konsep itu pada sudut yang lain. latihan yang berterusan mampu memberi kemahiran -kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan. Disamping itu, otak adik-adik akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang dibuat. Pengalaman penyelesaian ini memberikan kefahan yang lebih dalam lagi. Dengan bertambahnya pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan. Latihan boleh dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun secara online. Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet. Terdapat juga pembelajaran secara online menerusi internet.


Aspek lain adalah, jangan menganggap matematik ini SUSAH. Anggaplah ia sebagai sesuatu yang mencabar dan penting. Tanggapan ini amat mempengaruhi semangat adik-adikuntuk mempelajari matematik. Jika tanggapan anda negatif, secara langsung timbul sikap untuk tidak minat, malah yang lebih teruk adalah membenci matematik. Apabila semua ini telah adik-adik lakukan, jangan lupa memohon berkat daripada Tuhan. Selamat Mencuba Tips Cikgu Ina ni yer